Saturday, January 14, 2012

Checklist Wedding Saya

PADA HARI PERTUNANGAN:


• Cincin

• Sirih junjung

• Lain-lain hantaran (sepasang baju, buah-buahan, kek, dan lain-lain) bergantung kepada apa yang telah anda rancangkan.

• Wakil pihak lelaki yang akan menyarungkan cincin kepada si gadis.


Berikut adalah senarai semak untuk majlis perkahwinan. Sebaik sahaja kedua-dua belah keluarga telah menetapkan hari perkahwinan, maka perkara-perkara di bawah boleh dijadikan landasan dalam memastikan kelancaran majlis perkahwinan.


LAPAN – ENAM BULAN SEBELUM perkahwinan:


Bakal pengantin lelaki dan perempuan perlulah berbincang terlebih dahulu tentang beberapa perkara seperti berikut:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Berbincang hal-hal perkahwinan (adat perkahwinan) dengan ibu bapa dari kedua-dua belah pihak bakal pengantin.

• Menentukan perbelanjaan yang akan dikeluarkan oleh kedua-dua belah pihak pengantin untuk majlis perkahwinan tersebut.

• Menentukan konsep majlis perkahwinan (hantaran, pelamin, bilik tidur dan lain-lain hiasan) yang anda ingini.(Di Dewan @ Rumah)

• Rujuk direktori perkhidmatan perkahwinan (jurusolek, koleksi pakaian pengantin, bunga, kad jemputan perkahwinan dan lain-lain) di majalah, internet, buku atau melalui rakan-rakan yang telah berkahwin bagi mendapatkan gambaran awal.

• Mengenalpasti baju pengantin serta tetapkan bilangan pakaian persalinan yang diingini. (bagi yang bertudung, pastikan anda memilih pakaian yang disediakan sekali dengan pakaiannya)

• Tempah jurusolek/juruandam untuk majlis perkahwinan anda

• Mencari rumah baru, sama ada sewa atau membelinya.

• Kenalpasti Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam (swasta) yang berdekatan dengan kawasan anda, untuk mendaftar kursus pra perkahwinan.

Bagi pengantin lelaki:

• Semak semula jumlah sebenar wang hantaran yang dikenakan, (jika berlaku perubahan pada wang hantaran yang telah ditetapkan pada hari pertunangan anda) dan lain-lain hantaran.



LIMA BULAN SEBELUM perkahwinan:

Bagi pengantin lelaki dan perempuan:

• Menghadiri kursus pra perkahwinan di tempat dan pada tarikh yang telah ditetapkan oleh Jabatan Agama Islam, Pejabat Agama Islam Daerah atau badan-badan Islam swasta.

• Menempah tok kadi untuk majlis pernikahan anda.

• Menempah videografi atau jurufoto untuk merakamkan detik-detik indah majlis perkahwinan anda. (Ikut Bajet, klu sedara mara rajin leh je mntak tlg)

• Membeli cincin kahwin.

• Tentukan sama ada anda ingin memasak sendiri atau menggunakan khidmat katerer. Jika ingin menggunakan khidmat katerer bincangkankan menu hidangan untuk majlis, serta harga yang ditawarkan.

• Menyediakan senarai tetamu yang akan dijemput

• Menempah sekumpulan pemuzik dan DJ (jika perlu)

• Lakukan rawatan muka, badan dan rambut.

• Jika ingin berbulan madu (dalam negara atau luar negara), tentukan tempat dan budjet untuknya. Segerakan bayaran pendahuluan bagi mengelakkan tempat ditempah orang lain.

sumber: Catatan Nisa

No comments:

Post a Comment